Input your search keywords and press Enter.

Akta Kerja 1955 – Pekerja Boleh Mohon Waktu Kerja Anjal

M Update, 18/04/2024 – Pekerja di Malaysia boleh memohon kepada majikan aturan kerja fleksibel berdasarkan masa, hari dan lokasi bekerja mengikut Seksyen 60P dan 60Q Akta Kerja 1955 – Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Namun permohonan berkenaan perlu diserahkan kepada majikan untuk diberikan maklum balas dalam tempoh 60 hari dan sekiranya ditolak, majikan harus memberikan alasannya.

“Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan sentiasa mengkaji dan menambah baik dasar serta undang-undang perburuhan kita untuk mendukung 3K iaitu kebajikan, kemahiran, keberhasilan pekerja seterusnya meningkatkan daya saing ekonomi negara.

Menurut Seksyen 60P (1) akta itu, pekerja berhak meminta daripada majikan mereka untuk pengaturan kerja fleksibel untuk mengubah waktu bekerja, hari bekerja atau perubahan tempat bekerja tertakluk kepada Bahagian XII atau apa-apa yang terkandung dalam kontrak perkhidmatan.

Menurut akta itu, permohonan untuk pengaturan kerja fleksibel di bawah 60Q (1), pekerja hendaklah membuat permohonan di bawah Seksyen 60P secara bertulis dan dalam bentuk atau cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.