Input your search keywords and press Enter.

Nahas 2 Helikopter – YDPA Zahir Dukacita

M Update, 23/04/2024 – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter di Lumut, Perak, hari ini. Turut menzahirkan ucapan sama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

YDPA mahu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan terperinci bagi mendapatkan maklumat sepenuhnya berhubung kejadian ini.

Al-Fatihah dan salam takziah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan juga syuhada.