Input your search keywords and press Enter.

Nahas 2 Helikopter – Bedah Siasat Selesai Hari Ini

M Update, 24/04/2024 – Kesemua 10 mangsa yang maut dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk proses bedah siasat.

Prosedur bedah siasat tersebut dijangka selesai lewat tengah hari hari ini, Rabu 24 April 2024. Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) telah menerima 10 jenazah anggota TLDM bagi prosedur bedah siasat sekitar jam 6 petang semalam.

Siasatan di tempat kejadian sedang dilakukan dengan diketuai oleh TLDM, dibantu polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang membabitkan dua lokasi pesawat terhempas iaitu berdekatan stadium bola sepak dan kolam renang dalam kawasan pangkalan TLDM itu.