Input your search keywords and press Enter.

Nahas Helikopter : CAAM Aktifkan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika KL

M Update, 23/04/2024 – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengaktifkan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) bagi penyelarasan operasi menyelamat helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut, Perak, hari ini.

KLARCC diaktifkan pada jam 10.20 pagi tadi bagi penyelarasan operasi menyelamat nahas helikopter itu.

TLDM mengesahkan akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dua helikopter terhempas sehingga menyebabkan 10 kru maut, pagi tadi.

TLDM telah mengesahkan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan helikopter FENNEC TLDM terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut padajam 9.32 pagi tadi.

Isiden itu mengorbankan seramai 10 pegawai dan anggota iaitu masing-masing tujuh kru helikopter HOM TLDM dan tiga kru helikopter Fennec.