Input your search keywords and press Enter.

LATAR Tutup Selama 4 Hari

M Update, 26/04/2024 – Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) mengumumkan penutupan sementara persimpangan Ijok hingga persimpangan Puncak Alam bagi kedua-dua arah selama empat hari bermula Isnin depan, 29 April 2024.

Pnutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V oleh pihak Eco World Development Group Berhad di Kilometer (km) 0.0 hingga KM 12.3 lebuh raya tersebut.

Penutupan itu dilakukan pada 29 dan 30 April (Isnin dan Selasa) serta 2 dan 3 Mei (Khamis dan Jumaat) dari 12.01 hingga 5 pagi.

Sepanjang penutupan itu, trafik dari arah Kuala Lumpur/Rawang/LATAR akan dilencongkan ke Jalan Kuala Selangor melalui Persimpangan Puncak Alam untuk ke Ijok/Kuala Selangor/Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) manakala trafik dari arah Puncak Alam menghala ke Ijok/Kuala Selangor/WCE (LATAR) dilencongkan ke Jalan Kuala Selangor.

Trafik dari arah Ijok/Kuala Selangor/WCE (LATAR) pula akan dilencongkan ke Jalan Kuala Selangor untuk ke Kuala Lumpur/Rawang dan papan tanda arah sementara akan ditempatkan di lokasi terbabit bagi memberi panduan kepada pengguna.