Input your search keywords and press Enter.

Teliti Semula SOP Latihan Udara

M Update, 26/04/2024 – Kementerian Pertahanan akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula Prosedur Operasi Standard (SOP) latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Selasa lepas yang mengorbankan 10 nyawa, berulang.

Ia bergantung kepada hasil laporan siasatan yang dijalankan oleh Lembaga Siasatan yang ditubuhkan.

Kita ambil pengajaran daripada insiden ini dan kita akan tunggu laporan siasatan. Daripada situ kita akan lakukan perkara yang sewajarnya – Menteri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

ATM dan TLDM dilaporkan akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca 2 helikopter terhempas semasa raptai perbarisan Hari TLDM Ke-90  itu.