Input your search keywords and press Enter.

Pintu Sempadan Malaysia-Thailand Tidak Ditutup

M Update, 30/04/2024 – Pintu sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan tidak akan ditutup susulan kes letupan bom dan berbalas tembakan di Gualosira Pasemas, Daerah Sungkai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand malam kelmarin.

Operasi di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) akan berlangsung seperti biasa tetapi kawalan diperketatkan termasuk menerusi kerjasama pasukan keselamatan lain seperti Pasukan Gerakan Am (PGA) – Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun

Meskipun pintu sempadan tidak ditutup, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk menangguhkan seketika perjalanan ke negara jiran itu susulan kejadian yang berlaku.

Dalam kejadian letupan bom pada jam 12.05 tengah malam kelmarin, empat anggota polis Thailand telah cedera dalam insiden berkenaan.