M Update, 03/05/2024 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkanĀ akan menjadikan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa.
Oleh itu, untuk merealisasikan hasrat itu, Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menambah landasan sejauh 400 meter (m) lagi. Penambahan itu akan menjadikan LTSIP sebagai lapangan terbang antarabangsa.
“Kita akan laksanakan secepat mungkin. Bila siap nanti jemaah haji akan terbang terus dari Kota Bharu ke Jeddah”. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Sekiranya siap lapangan terbang itu dinaik taraf, ia membolehkan perjalanan haji dan umrah terus dari Kelantan.
Bermula 1 Mei 2024, terminal baharu LTSIP fasa satu mula beroperasi dan mampu menampung 1.5 juta penumpang, manakala pembinaan fasa dua akan dilaksanakan serta-merta dan dijangka dapat menampung empat juta penumpang.
Terminal baharu itu juga memiliki lebih 20 kaunter penerbangan, parkir kenderaan bertingkat, laluan khas untuk pemandu teksi, balai bomba dan penyelamat terminal, pertambahan ruang tempat meletak kapal terbang dan sistem operasi tanpa tunai LTSIP untuk memudahkan penumpang.