Input your search keywords and press Enter.

Astrazeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

M Update, 08/05/2024 – Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 keluarannya di seluruh dunia.

Menurut AstraZeneca ia telah memulakan penarikan vaksin COVID-19 di seluruh dunia kerana lebihan vaksin terkini yang tersedia sejak pandemik itu.

Vaksin itu juga tidak lagi dibenarkan untuk digunakan di Kesatuan Eropah (EU) memandangkan syarikat itu secara sukarela menarik balik ‘kebenaran pemasarannya’.

Memandangkan pelbagai jenis vaksin COVID-19 telah dibangunkan, terdapat lebihan vaksin dikemas kini yang tersedia,” kata syarikat itu, sambil menambah bahawa ini telah menyebabkan penurunan permintaan untuk Vaxzevria, yang tidak lagi dikeluarkan atau dibekalkan.

Permohonan serupa akan dibuat di United Kingdom dan negara lain yang telah meluluskan vaksin itu dikenali sebagai Vaxzevria. Permohonan firma untuk menarik balik vaksin itu dibuat pada 5 Mac dan berkuat kuasa pada 7 Mei. – Awani/Agensi