Input your search keywords and press Enter.

Kerajaan Pastikan Harga Rumah Mampu Milik Kekal

M Update, 20/06/2024 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memastikan harga rumah mampu milik tidak dinaikkan susulan penyasaran subsidi diesel yang berkuat kuasa 10 Jun lalu.

Timbalan Menteri, Datuk Aiman Athirah Sabu, berkata kediaman yang tertakluk di bawah Dasar Perumahan Mampu Milik (DRMM) dan dikawal KPKT, dijual pada harga RM300,000 ke bawah, akan dipastikan kekal pada kadar berkenaan.

Ia termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), Program Rumah Mesra Rakyat (RMR), kediaman di bawah Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dan Program Perumahan PR1MA.

Pemantauan berkesan sentiasa dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) supaya tiada pihak yang sewenang-wenangnya menaikkan harga atau kos khidmat pengurusan.

Kerajaan juga memberi jaminan bahawa harga barangan bagi sektor pembinaan tidak akan terkesan berikutan ia dalam kawalan.