Input your search keywords and press Enter.

Perincian Kenaikan Gaji Penjawat Awam Diumum Sebelum Pembentangan Belanjawan 2025

M Update, 27/06/2024 – Kadar baharu kenaikan gaji bagi penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 yang dijadualkan pada Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, sudah terlalu lama tiada penyelarasan kenaikan gaji kepada penjawat awam.

“…kita harapkan mereka (penjawat awam) bekerja lebih kuat, sudah berbelas tahun tak ada kajian dan ganjaran yang adil.

“Sebab itu saya semalam di parlimen apabila ditegur saya tegaskan saya tidak bertolak ansur kerana tanggungjawab kita untuk memberikan apa yang mampu dan munasabah kepada penjawat awam dan Insya-ALLAH saya akan umumkan sebelum bajet atau belanjawan tahun ini,” katanya.

Pada 1 Mei lepas, Perdana Menteri mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam yang menyaksikan kenaikan melebihi 13 peratus dan merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara.