M Update, 06/08/2024 – Lelaki yg dipercayai menolak isterinya hingga jatuh gaung dalam kejadian berhampiran KM 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli 27 Julai lalu, ditahan reman seminggu bermula hari ini.
Suspek dikatakan cuba membunuh isterinya yang berusia 32 tahun dengan cara mencekik serta menolak mangsa ke gaung yang difahamkan sedalam 10 meter hingga mengalami kecederaan yang difahamkan termasuk patah dan retak tulang belakang.
Mangsa ditinggalkan di tempat kejadian dan dilapor merangkak naik ke arah jalan raya susulan kecederaan dialaminya sebelum dia ditemui orang awam yang lantas menghubungi polis.
Sebelumnya, suspek dikatakan membawa mangsa dari Kuala Lumpur menuju Perak atas alasan mahu pulang ke kampung. Sepanjang perjalanan itu berlaku pertengkaran mulut antara kedua-dua mereka yg turut membawa kepada mangsa dikasari selain diugut bunuh oleh suaminya itu.