M Update, 17/09/2024 – Rakyat Malaysia tidak perlu khuatir dengan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menangani konflik sempadan di perairan Laut China Selatan, kerana mereka memiliki pelbagai strategi bagi menggalas tugas itu, kata penganalisis pertahanan.
Apa yang lebih penting rakyat Malaysia perlu memahami isu yang dihadapi oleh pasukan keselamatan negara dalam mengawal sempadan perairan negara, terutama berkaitan kehadiran kapal negara asing di kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ).
Untuk meyakinkan rakyat mengenai sistem pertahanan kita, kita boleh imbas kembali kejadian pada Jun 2021 apabila pesawat pejuang TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) berjaya memintas 16 pesawat tentera China yang mencerobohi ruang udara negara, sekali gus membuktikan kita mempunyai sistem pertahanan yang efisien!!