Input your search keywords and press Enter.

Op Global – Polis Kemuka Kertas Siasatan Kepada Peguam Negara

M Update, 18/09/2024 – Polis akan mengemukakan tiga kertas siasatan berhubung Op Global kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya – Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain Ketiga-tiga kertas siasatan itu adalah di Negeri Sembilan, membabitkan dua siasatan mengikut Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak, manakala satu lagi mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Polis akan memohon lanjutan tahanan reman ke atas suspek kes bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Dalam fasa satu siasatan polis, sebanyak 10 kertas siasatan telah dibuka iaitu enam di Selangor dan empat di Negeri Sembilan.

Bagi siasatan fasa kedua pula, sebanyak 23 kertas siasatan telah dibuka di empat kontingen negeri iaitu, Selangor, Negeri Sembilan, Perlis dan Kuala Lumpur.

Dalam siasatan fasa 2, sebanyak 16 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 di kontingen Selangor, manakala dua kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 di kontingen Negeri Sembilan.

1