Input your search keywords and press Enter.

Konsert Pinkfish: Kematian 4 Individu Dipercayai Akibat Pengambilan Ekstasi

Foto Hiasan

M Update, 03/01/2025 – Kematian empat individu yang menghadiri konsert ambang tahun baharu, Pinkfish Countdown 2024 di Bandar Sunway kelmarin dipercayai terlibat dalam pengambilan pil ekstasi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima enam laporan daripada Pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kedua-dua hospital ini menerima tujuh pesakit yang mengalami simptom yang sama.

Empat daripada mereka meninggal dunia seperti dilaporkan sebelum ini manakala dua lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan seorang lagi sudah discaj dari hospital. Kesemua individu itu hadir pada konsert berkenaan secara berasingan dengan rakan dan ahli keluarga masing-masing.

Setakat ini polis membuka kertas siasatan mati mengejut bagi mengenal pasti jika wujud sebarang unsur jenayah atau keracunan.

Pihak polis masih menunggu laporan analisis toksikologi bagi mengesahkan punca kematian.