
M Update, 17/02/2025 – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan sesi persekolahan dan kantin sekolah akan beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan ini.
Sehubungan itu, beliau memohon semua pihak merujuk dan mematuhi garis panduan yang diterbitkan Kementerian Pendidikan (KPM).
Selain itu, KPM juga tidak bercadang untuk memendekkan waktu persekolahan sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Sesi persekolahan akan berlangsung seperti biasa mengikut garis panduan sedia ada.
Fadhlina berkata, KPM mempunyai garis panduan persekolahan termasuk bagi sepanjang bulan puasa yang boleh dijadikan rujukan semua pihak.
Dalam pada itu, Fadhlina turut mengingatkan pengurusan sekolah untuk meneruskan operasi kantin masing-masing seperti biasa pada bulan Ramadan. Malah menurutnya, perkara tersebut telah diumumkan sebelum ini.
Ramadan bakal disambut di negara ini selepas hampir dua minggu sesi persekolahan bermula bagi tahun ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya mengambil maklum jika ada keperluan khas bagi isu tertentu yang perlu dilakukan.