
M Update, 16/06/2025 – Kerajaan tetap akan meneruskan langkah merasionalisasi subsidi RON95 meskipun harga minyak mentah dunia melonjak ekoran konflik Israel dan Iran.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah rasionalisasi subsidi RON95 ini kritikal bagi negara.
Ia agar kerajaan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membantu golongan miskin, meningkatkan kualiti pendidikan serta bagi memberi perkhidmatan awam yang lebih baik termasuk kesihatan.
“Terdapat banyak kempen negatif tentang RON95. Kerajaan telah katakan dan ingin mengulangi bahawa tidak ada isu dengan kenaikan RON95 menjejaskan 85 peratus, 90 peratus rakyat tempatan. Itu mesti jelas.
Apa yang pembangkang katakan ia hanyalah gimik terdesak untuk menunjukkan bahawa rakyat sedang menghadapi kesusahan.”
Sebelum ini, kerajaan berkata, rasionalisasi subsidi RON95 akan dilaksanakan pada separuh kedua tahun ini. – Buletin TV3
kampungbet