
M Update, 18/06/2025 – KL Strike Force diarahkan menjalankan kajian menyeluruh dan tindakan segera terhadap isu penyalahgunaan dadah melalui peranti vape, yang semakin menular dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah, menurut Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Dr Zaliha yang juga Pengerusi KL Strike Force berkata, pendekatan yang diambil kelak, akan merangkumi aspek penguatkuasaan, pencegahan, pemulihan dan pendidikan awam.
KL Strike Force adalah satu unit khas yang akan bertindak secara bersepadu dan ia merangkumi pelbagai agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
toto slot toto slot