Input your search keywords and press Enter.

Perolehan Aset Pertahanan Negara Kini Secara G2G

M Update, 08/07/2025 – Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal konsisten dalam usaha memerangi rasuah, termasuk urusan pembelian aset dan sistem pertahanan negara sekarang kini dilaksanakan menerusi perolehan kerajaan kepada kerajaan (G2G) tanpa melibatkan ejen atau komisen.

Perdana Menteri berkata, langkah itu sebahagian daripada pendekatan baharu yang diambil kerajaan bagi memastikan ketelusan dan perkara itu turut dibincangkan secara rasmi dengan pihak kerajaan Perancis dan Itali baru-baru ini.

Pembelian senjata lazimnya merupakan antara sektor yang paling terdedah kepada amalan rasuah dan sering menjadi tempat penyelewengan wang rakyat.

Prinsip asas yang diamalkan adalah menjalankan urusan secara terus antara kerajaan tanpa melalui orang tengah serta mengelakkan kaedah lama yang boleh membuka ruang kepada pengambilan komisen atau penyelewengan.