
M Update, 22/10/2025 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membangkitkan isu hak rakyat Palestin dan usaha memperkukuh perdagangan Malaysia–Amerika Syarikat dalam pertemuan tertutup dengan Presiden Donald Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Anwar berkata, walaupun Trump sebelum ini berjaya menghentikan serangan Israel ke atas Gaza, usaha perlu diteruskan bagi menjamin keamanan dan membela hak rakyat Palestin.
Anwar berkata, Trump memainkan peranan besar dalam menghentikan pengeboman di Gaza, namun cabaran kini adalah memastikan keamanan dan keadilan ditegakkan serta hak dan aspirasi rakyat Palestin terus dipertahankan.
Beliau menegaskan dasar luar Malaysia kekal seimbang dan berprinsip, mengekalkan hubungan baik dengan semua kuasa besar termasuk China dan Kesatuan Eropah.
Selain isu Gaza, perbincangan turut menyentuh aspek perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
Anwar berkata, beliau akan menggunakan peluang itu bukan sahaja untuk mempertahankan kepentingan Malaysia dalam perdagangan dan pelaburan, tetapi juga untuk menyuarakan pandangan yang membawa kebaikan kepada Malaysia, Amerika Syarikat dan dunia.
Semalam, Presiden Trump mengesahkan akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di ibu negara hujung minggu ini.
link slot 
				 
			 
						 
						 
						 
						 
						 
  					 
  					 
  					 
  					 
  					 
  					 
  					