Input your search keywords and press Enter.

Sekolah Lebih Selamat, Murid Lebih Terjaga: KPM Umum 11 Langkah Baharu!

M Update, 22/10/2025 – Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan 11 langkah tambahan bagi meningkatkan aspek keselamatan institusi pendidikan dan menangani isu disiplin murid di seluruh negara.

Dalam satu kenyataan media hari ini, KPM memaklumkan langkah-langkah itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat melibatkan aspek pengawasan, sokongan psikososial dan pemantauan pentadbiran sekolah.

1️⃣ Peruntukan tambahan RM5 juta disalurkan untuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah yang dikenal pasti di seluruh negara.

  • Ini merupakan tambahan kepada peruntukan RM3 juta yang telah diberikan sebelum ini.

2️⃣ Penempatan 10,096 guru baharu termasuk lebih 500 Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah seluruh negara pada November depan.

  • Langkah ini bagi memenuhi keperluan semasa dan memperkukuh sokongan psikososial murid.

3️⃣ Pelantikan 600 Pembantu Warden Asrama Sepenuh Masa dalam kalangan personel MySTEP.

  • Tujuannya bagi meningkatkan pemantauan keselamatan murid asrama dan mengurangkan beban tugas warden.

4️⃣ Memperkukuh Jawatankuasa Pemuafakatan di sekolah dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

  • PDRM akan menjalankan pemantauan keselamatan dan menggalas fungsi Pegawai Penghubung Sekolah.

5️⃣ Meningkatkan peranan Pengetua, Guru Besar dan Jawatankuasa Disiplin Sekolah dalam menangani isu disiplin murid.

  • Garis panduan sedia ada turut merangkumi kuasa merotan, menggantung atau membuang sekolah.

6️⃣ Pengetua dan Guru Besar dibenarkan menurunkan kuasa kepada guru untuk melaksanakan tindakan disiplin mengikut keperluan.

  • KPM kini sedang menggubal semula peraturan disiplin murid.

7️⃣ Penambahbaikan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) bagi memastikan sistem digunakan secara proaktif dalam mengurus dan menangani isu disiplin di sekolah.

8️⃣ Institusi pendidikan diminta memberi tumpuan kepada tindakan pencegahan disiplin, termasuk inisiatif seperti sesi dialog dan pertemuan dengan guru serta murid.

9️⃣ Pelaksanaan inisiatif ‘Kotak Suara Murid’ bagi memberi ruang kepada suara dan pandangan murid.

  • Inisiatif ini selaras dengan advokasi suara kanak-kanak seperti disyorkan oleh UNICEF.

🔟 Pemuktamadan Polisi Perlindungan Kanak-Kanak (CPP) dalam masa terdekat bagi memastikan perlindungan menyeluruh terhadap murid di sekolah.

1️⃣1️⃣ Kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memperkukuh program saringan kesihatan mental bagi murid dari Tahun Satu hingga Tingkatan Enam.

  • Program ini turut merangkumi intervensi dan sokongan psikososial berterusan.

KPM sentiasa berusaha untuk meningkatkan aspek keselamatan institusi pendidikan dan menangani isu disiplin murid.

Justeru, semua pihak diseru untuk bekerjasama dalam memastikan hasrat mewujudkan ekosistem selamat di semua institusi pendidikan dapat direalisasikan.

link slot