
M Update, 07/01/2026 – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pagi semalam disahkan mengalami kecederaan patah tulang pada bahagian pinggul kanan akibat terjatuh di kediamannya.
Setiausaha Akhbarnya, Sufi Yusoff memaklumkan bahawa susulan kecederaan tersebut, Dr Mahathir dijangka perlu menjalani rawatan serta pemantauan rapi di hospital untuk tempoh beberapa minggu akan datang.
Terdahulu, Dr Mahathir dilaporkan terjatuh di kediamannya kira-kira 7.30 pagi sebelum dibawa ke IJN, dua jam kemudian.