M Update, 29/05/2019 – Israel mengetatkan had ke atas nelayan Palestin di Semenanjung Gaza selepas banyak belon yang disertakan bom api diterbangkan dari situ memasuki wilayah Yahudi berkenaan.
Zon itu membolehkan nelayan Gaza dikurangkan kepada maksimum 10 batu nautika daripada 15 batu nautika, kata unit Kementerian Pertahanan Israel, COGAT, yang memantau peraturan seumpama itu.
Langkah itu dibuat beberapa hari selepas Israel mengembalikan had penangkapan itu kepada maksimum 15 batu nautika selepas mengurangkannya sebagai reaksi kepada belon api itu minggu lalu. – AFP