M Update, 22/03/2021 – Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini mengalami kecederaan pada bahagian kaki sehingga bengkak ketika bermain golf.
Tunku Azizah, yang berkongsi perihal insiden itu di laman Instagram, memaklumkan baginda akan menjalani pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pada Selasa.
“Pagi tadi saya main golf, tidak perasan lubang sprinkler (pemercik air) dan saya jatuh, terseliuh kaki kiri. Alhamdulillah hanya bengkak. Syukur ankle (pergelangan kaki) tidak patah, hanya sakit biasa,” titah Tunku Azizah di laman Instagram baginda.
Seri Paduka turut memuat naik gambar kaki kiri baginda yang berbalut selepas menerima rawatan dan ia mendapat 57,281 tanda suka setakat 10.30 malam ini. Tunku Azizah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan baginda. – BERNAMA