Input your search keywords and press Enter.

Rangkaian 5G di Seluruh Negara

Kementerian Komunikasi dan Multimedia melancarkan rangkaian 5G yang pertama di Kuala Lumpur seperti yang dirancang di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).

Pelancaran itu adalah untuk tahun yang pertama sebelum mencapai kira-kira 36 peratus liputan di seluruh negara. Kemudian secara berperingkat-peringkat liputan 5G akan diperluaskan selepas dilancarkan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya.

Pada tahun 2022, pelancaran 5G akan ditumpukan pula di negeri padat penduduk termasuk Pulau Pinang, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak.

Perkhidmatan 5G adalah ‘game changer’ bagi ekonomi negara untuk masa hadapan yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dalam kegiatan-kegiatan berteknologi tinggi dengan menggunakan perkhidmatan 5G.