Input your search keywords and press Enter.

KKM Kesan Kes Ke-2 Omicron

M Update, 16/12/2021 – Kes COVID-19 varian Omicron kedua di negara ini telah dikesan oleh KKM membabitkan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang menetap di Lagos, Nigeria.

Pesakit bersama ibu dan adik perempuannya tiba di negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5 Disember lalu sebelum disahkan positif COVID-19 dua hari selepas itu.

Beliau kemudiannya disahkan varian Omicron pada 14 Disember lalu, selepas Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) melakukan jujukan penuh genom namun tidak mempunyai gejala dan kini sedang menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

Ini menjadikan kes kumulatif kes yang dikesan Omicron adalah sebanyak dua kes di mana kedua-duanya membabitkan jangkitan import dari luar negara.