Input your search keywords and press Enter.

Banjir Kelantan – 3 PPS Dibuka Di Gua Musang

M Update, 17/12/2021 – Seramai 129 orang daripada 20 keluarga di Gua Musang dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 10 pagi tadi, selepas rumah mereka dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan di daerah itu sejak tiga hari lepas.

Dijangkakan jumlah mangsa banjir di dua PPS tersebut akan bertambah memandangkan hujan masih berterusan di kawasan itu.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa menjaga keselamatan ketika musim banjir dan patuhi arahan pihak berkuasa.