M Update, 24/01/2024 – Malaysia sudah menyampaikan hasrat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres supaya Palestin diterima sebagai anggota penuh pertubuhan itu dan gesaan senjata. Perkara itu disampaikan sendiri oleh Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan kepada Setiausaha Agung PBB) di New York.
Gesaan Malaysia itu seiring dengan kenyataan Gutteres di Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali di Kampala, Uganda bahawa hak Palestin untuk membina sebuah negara merdeka tidak boleh dinafikan.
Malaysia kekal dengan pendirian berprinsip yakni Palestin berhak mendapat hak membentuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat berdasar garis sempadan pra-1967, dengan Baitul Maqdis sebagai Ibu Kota – PM Anwar Ibrahim