MCMC NAFIKAN DAKWAAN UJIAN SISTEM AMARAN AWAL NASIONAL KEPADA ORANG AWAM

M Update, 19/11/2026 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan maklumat yang tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp berhubung dakwaan pelaksanaan ujian Sistem Amaran Awal Nasional pada 19 November 2026 di Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Pahang.
MCMC menjelaskan bahawa aktiviti yang dijadualkan pada tarikh berkenaan hanyalah ujian teknikal dalaman bagi menilai tahap kesiapsiagaan serta keberkesanan sistem sebelum diperluaskan pelaksanaannya.
Sehubungan itu, ujian berkenaan bukan bertujuan mengaktifkan sistem amaran kepada orang awam di negeri-negeri seperti yang tular.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, sebaliknya mendapatkan perkembangan terkini menerusi saluran rasmi MCMC.
Semak kesahihan maklumat sebelum berkongsi.
