M Update, 14/3/2019 – Penduduk sekitar Pasir Gudang mengambil langkah berjaga-jaga dengan meninggalkan kediaman masing-masing dan berpindah ke kawasan lebih selamat.
Selepas berlakunya gelombang keempat susulan kesan pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih sehingga menghasilkan gas beracun, keadaan terkini menyaksikan penduduk enggan mengambil sebarang risiko.
Penduduk di kawasan berhampiran beranggapan lebih baik mereka keluar lebih awal sebelum keadaan semakin buruk.
Diharapkan kerja pembersihan Sungai Kim Kim berjalan dengan lancar dan keadaan agar pulih seperti sediakala secepat mungkin.
Sumber : Harian Metro