Input your search keywords and press Enter.

Admin

4135 Articles0 Comments

Boleh Menggaji Pekerja Asing Jika Tidak Dapat Sambutan Warga Tempatan

M Update, 13/8/2020 – Kementerian Sumber Manusia memberi kelonggaran untuk menggaji pekerja asing yang telah diberhentikan oleh majikan lama, sekiranya jawatan kosong tidak mendapat sambutan warga tempatan. Menterinya, Datuk Seri M Saravanan, berkata majikan bagaimanapun digesa supaya memberi keutamaan kepada pekerja tempatan dalam penawaran dan pengisian kekosongan jawatan yang ada.…

Pelitup Muka Dijual RM1 Sekeping Mulai Sabtu

M Update, 13/8/2020 – Harga pelitup muka akan dijual pada kadar RM1 sekeping, berkuat kuasa Sabtu ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi, ketika mengumumkan perkara itu berkata, harga siling itu dijangka turun lagi dalam masa terdekat berikutan jumlah bekalan mencukupi di dalam negara.…

‘Jangan Tangguh Jumpa Bank’ – BNM

M Update, 13/8/2020 – Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour meminta orang ramai tidak ‘takut’ dan bertangguh berjumpa bank bagi membincangkan masalah kewangan dihadapi supaya bantuan kewangan bersasar dapat diberikan segera bagi meringankan beban aliran tunai peminjam berikutan impak pandemik COVID-19. Beliau berkata, peminjam yang hilang…

Tiada Kompromi Warga Asing Jalankan Perniagaan – KP Imigresen

M Update, 13/8/2020 – Jabatan Imigresen sentiasa melaksanakan operasi secara berskala bagi membanteras kegiatan warga asing berniaga secara tidak sah di seluruh negara termasuk di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, dekat sini. Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, bagaimanapun sepanjang operasi dijalankan terdapat isu yang mana warga asing berkahwin…

Sarawak Kembali Berstatus Hijau – JPBNS

M Update, 13/8/2020 – Sarawak kembali menjadi negeri berstatus hijau selepas tiada kes baharu positif COVID-19 jangkitan tempatan dilaporkan di semua daerah di negeri ini sejak 14 hari lepas. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata ini dicapai selepas daerah Kuching dan Serian yang sebelum ini berstatus…

Keterlaluan Tuduh Anggota Polis Tidak Solat – KPN

M Update, 12/8/2020 – Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan dakwaan dibuat pemilik Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut yang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menjaga solat sebagai keterlaluan. Beliau juga berkata isu itu tidak sepatutnya dibangkitkan dalam khalayak ramai. “Ini (solat) soal…

4 Ditahan Pasang Bendera Terbalik – Polis Johor

M Update, 12/8/2020 – Polis menahan empat individu termasuk seorang lelaki warga Bangladesh dipercayai memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik di sebuah kilang perabot di Kawasan Perindustrian Tebrau, petang semalam. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata bertindak atas maklumat dna susulan laporan polis dibuat orang…

Dosa Besar Langgar Arahan TEMCO – Mufti Perlis

M Update, 12/8/2020 – Tindakan melanggar peraturan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 adalah dosa besar dari segi agama, kata Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.  Beliau berkata tindakan itu bukan hanya salah di sisi undang-undang malah ia satu dosa besar kerana membahayakan nyawa…

Sambutan Maal Hijrah Dengan Norma Baharu

M Update, 12/8/2020 – Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020M akan berlangsung 20 Ogos ini seperti ditetapkan dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri, berkata pihaknya…