Input your search keywords and press Enter.

Admin

4169 Articles0 Comments

Belum Sedia Buka Pintu Sempadan – Ismail Sabri

M Update, 14/8/2020 – Kerajaan masih belum bersedia membuka pintu sempadan negara berikutan kes pandemik COVID-19 masih belum reda di kebanyakan negara di seluruh dunia. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata buat masa ini kerajaan masih kekal dengan keputusan tidak membenarkan warga asing masuk ke negara ini…

Bantu PDRM Tangani Jenayah – KPN

M Update, 13/8/2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengharapkan kerjasama semua jabatan dan agensi berkaitan dalam memerangi kegiatan penyeludupan rokok. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya sememangnya mempunyai pasukan khas untuk memantau aktiviti berkenaan. “Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam di bawah Pasukan Gerakan Am…

Penjawat Awam Diminta Kibar Jalur Gemilang – KPPA

M Update, 13/8/2020 – Penjawat awam di seluruh negara diminta meneruskan amalan mengibarkan Jalur Gemilang di bangunan, kenderaan dan kediaman sebagai solidariti mempertahankan kemerdekaan negara. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, berkata amalan itu sekian lama diyakini mampu membangkitkan rasa cinta kepada negara dalam kalangan rakyat.…

Larangan Pergerakan Keluar Masuk Di Kawasan Temco Kedah, Perlis – Ismail Sabri

M Update, 13/8/2020 – Penduduk setempat dan orang luar dilarang melakukan pergerakan keluar masuk kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar Secara Pentadbiran (Temco) di Kedah dan Perlis. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat kawalan sepanjang masa dan akan mengambil tindakan terhadap…

Boleh Menggaji Pekerja Asing Jika Tidak Dapat Sambutan Warga Tempatan

M Update, 13/8/2020 – Kementerian Sumber Manusia memberi kelonggaran untuk menggaji pekerja asing yang telah diberhentikan oleh majikan lama, sekiranya jawatan kosong tidak mendapat sambutan warga tempatan. Menterinya, Datuk Seri M Saravanan, berkata majikan bagaimanapun digesa supaya memberi keutamaan kepada pekerja tempatan dalam penawaran dan pengisian kekosongan jawatan yang ada.…

Pelitup Muka Dijual RM1 Sekeping Mulai Sabtu

M Update, 13/8/2020 – Harga pelitup muka akan dijual pada kadar RM1 sekeping, berkuat kuasa Sabtu ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi, ketika mengumumkan perkara itu berkata, harga siling itu dijangka turun lagi dalam masa terdekat berikutan jumlah bekalan mencukupi di dalam negara.…

‘Jangan Tangguh Jumpa Bank’ – BNM

M Update, 13/8/2020 – Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour meminta orang ramai tidak ‘takut’ dan bertangguh berjumpa bank bagi membincangkan masalah kewangan dihadapi supaya bantuan kewangan bersasar dapat diberikan segera bagi meringankan beban aliran tunai peminjam berikutan impak pandemik COVID-19. Beliau berkata, peminjam yang hilang…

Tiada Kompromi Warga Asing Jalankan Perniagaan – KP Imigresen

M Update, 13/8/2020 – Jabatan Imigresen sentiasa melaksanakan operasi secara berskala bagi membanteras kegiatan warga asing berniaga secara tidak sah di seluruh negara termasuk di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, dekat sini. Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, bagaimanapun sepanjang operasi dijalankan terdapat isu yang mana warga asing berkahwin…

Sarawak Kembali Berstatus Hijau – JPBNS

M Update, 13/8/2020 – Sarawak kembali menjadi negeri berstatus hijau selepas tiada kes baharu positif COVID-19 jangkitan tempatan dilaporkan di semua daerah di negeri ini sejak 14 hari lepas. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata ini dicapai selepas daerah Kuching dan Serian yang sebelum ini berstatus…