Input your search keywords and press Enter.

Admin

4140 Articles0 Comments

Kes Bunuh : Lelaki Singapura Didakwa

M Update, Lelaki warga Singapura dihadapkan di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini, atas dua tuduhan membunuh isteri dan anak tiri, yang mayatnya ditemukan dikerat lapan berselerakan di kawasan semak di Kampung Ladang, Krubong, 10 Oktober lalu. Tertuduh, Shahrul Nizam Zuraimy, 31, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret…

KDN : Larangan Tanam Ketum Secara Komersial Kekal

M Update, 24/10/2019 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penanaman pokok ketum secara komersial dan terbuka di negara ini walaupun wujud percanggahan pendapat mengenainya. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, larangan berkenaan kekal selagi tiada kajian dan akta spesifik untuk kerajaan menyelaraskan dan mengawal selia tanaman itu.…

Dr Mahathir Sertai Sidang Kemuncak NAM

M Update, 24/10/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka berkongsi pandangan mengenai kepentingan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) berdiri teguh dalam bekerjasama menangani cabaran dunia globalisasi apabila menyertai pemimpin-pemimpin dunia pada Sidang Kemuncak NAM ke-18. Perdana Menteri juga dijangka menegaskan pentingnya pergerakan itu berpegang kepada dasar berkecuali serta menghormati prinsip asas…

PLUS : Semua Lorong Tambah Nilai Ditutup Mulai Hari Ini Hingga 29 Oktober

M Update, 24/10/2019 – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup semua lorong tambah nilai di plaza tol bermula esok sehingga 29 Oktober bagi melancarkan pergerakan trafik sepanjang musim perayaan Deepavali yang akan disambut Ahad ini. Menurut kenyataan PLUS semalam, penutupan lorong tambah nilai seperti mana dilaksanakan pada setiap musim perayaan…

Wajib Guna Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Januari 2020

M Update, 24/10/2019 – Bermula 1 Januari tahun depan, kerajaan akan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan bagi menyelamatkan mereka daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata langkah baharu itu susulan statistik yang membimbangkan…

Musim Tengkujuh Dijangka Bermula Esok

M Update, 23/10/2019 – Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh dijangka bermula esok 24 Oktober ini sehingga Mac tahun depan dengan empat hingga enam episod hujan lebat diramal berlaku dalam tempoh tersebut. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon berkata, bagi fasa awal monsun iaitu sehingga awal Januari 2020…

Komik Propaganda : Tiga Individu Dipanggil Bukit Aman Termasuk Bekas Ahli DAP

M Update, 23/10/2019 – Tiga individu termasuk bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman berhubung penerbitan komik yang didakwa berunsur propaganda hari ini. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, Kuan…

Tidak Ada Bukti Vape Selamat Untuk Rawat Ketagihan Merokok – KKM

M Update, 23/10/2019 – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menegaskan bahawa tidak ada bukti atau kajian menunjukkan bahawa penggunaan vape dan rokok elektronik (e-cigarette) adalah selamat digunakan bagi merawat ketagihan merokok. Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang maklumat bahawa cecair rokok elektronik itu…

Polis Pantau, Pulihkan Yazid Sufaat

M Update, 23/10/2019 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau dan memulihkan anggota militan warga Malaysia, Yazid Sufaat, sekiranya dia dibebaskan selepas tempoh penahanan mengikut Akta Pencegahan Keganasan (POTA) berakhir bulan hadapan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, Yazid yang sudah menjalani proses hukuman akan dibebaskan selepas…

Tiada Kompromi Salah Guna Sekolah Sebagai Alat Propaganda

M Update, 23/10/2019 – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sekali lagi menegaskan komik propaganda politik yang didakwa diedar ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) tidak pernah mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan (KPM). Beliau berkata, KPM tidak akan membenarkan pengedarannya ke sekolah di bawah kementerian dan mana-mana…