Input your search keywords and press Enter.

UPSR, PT3 Tahun Ini Dibatalkan – KPM

M Update, 15/4/2020 – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini dibatalkan.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid, sama juga PT3.

“Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata, satu kaedah baharu untuk PT3 akan diperkenalkan.

“Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik,” katanya.

“KPM akan memastikan dalam apa jua keadaan pun, akses murid kepada Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) tetap diberikan keutamaan.

Keputusan ini akan terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM. Sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM juga disarankan untuk turut mengikuti keputusan ini,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, KPM ingin menegaskan bahawa pembukaan semula sesi persekolahan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tertakluk kepada perkembangan semasa dan nasihat daripada KKM dan MKN.

“Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa selepas mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan murid,” katanya.

Leave a Reply