Input your search keywords and press Enter.

Keselamatan

Udara Tercemar Tidak Merebak

M Update, 13/3/2019 – Kerajaan Johor menafikan dakwaan viral laman sosial yang mengatakan pencemaran gas metana sudah merebak ke seluruh Pasir Gudang, semalam. Kerajaan negeri turut menafikan dakwaan viral seorang pelajar sekolah meninggal dunia akibat pencemaran gas metana dan hospital mengeluarkan arahan bersiap sedia (red alert). Sementara itu, sumber Agensi…

PM nafi Siti Aisyah bebas melalui rundingan

M-Update,12/3/2019, KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan pembebasan warga Indonesia, Siti Aisyah daripada tuduhan membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam semalam atas rundingan kerajaan Indonesia dan Malaysia. Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tidak mengetahui maklumat lanjut mengenai perkara tersebut. “Ini keputusan yang dibuat oleh mahkamah, dia…

Padah Menyamar!

M Update, 12/3/2019 – Polis menahan dua lelaki yang dipercayai terbabit kegiatan samun dan peras ugut pekerja asing dengan menyamar sebagai anggota polis atau pegawai Jabatan Imigresen di Jalan Besar Segari – Lumut di Manjung, semalam. Dalam kejadian 10 pagi itu, dua suspek berusia 23 dan 30 tahun yang menaiki…

16 rakyat Malaysia Selamat Tiba

M Update, 11/3/2019 – Pengalaman 16 rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia atas dakwaan penyalahgunaan visa perlu dijadikan pengajaran untuk mana-mana individu yang ingin ke luar negara. Kesemua mereka selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada jam 5.10 petang tadi. Mereka disambut Ketua Setiausaha Kementerian…

Imigresen Rempuh Dinding Kerana PATI

M Update, 7/3/2019 – Jabatan Imigiresen Malaysia (JIM) Terengganu terpaksa merempuh dinding zink tapak pembinaan bagi menahan lelaki warga Indonesia yang meloloskan diri dalam serbuan Ops Bersepadu (Sapu), Kuala Terengganu, semalam. Dalam serbuan 2.30 petang itu, warga asing berusia 30-an yang leka bekerja di tapak pembinaan rumah berkembar dua tingkat…

5 PATI Ditahan ATM

M Update, 5/3/2019 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menahan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang cuba menyeberang sempadan negara berdekatan ladang getah Bukit Tangga, semalam. Warga asing berusia antara 19 hingga 23 tahun itu ditahan pasukan Batalion Ke-5 Rejimen Sempadan (5RS) ketika melakukan rondaan pada jam…

Suspek Samun MRT Didakwa Harini

M Update, 1/3/2019 – Suspek yang membelasah dan menyamun seorang wanita dalam kejadian di sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. Lelaki berusia 26 tahun itu akan didakwa enam pertuduhan dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan, dan…

Maut Dilanggar Lari

M Update, 1/3/2019 – Seorang warga emas maut apabila motosikal ditunggangnya dilanggar kenderaan lain mengakibatkan dia terjatuh dan kemudian dilanggar Perodua Alza, pagi tadi. Lebih menyayat hati, mayat mangsa, Bong Tian Ting, 75, ditemui masih berada di bawah Perodua Alza dalam kejadian 7.30 pagi dekat Taman Daya, Lebuhraya Selayang-Kepong, dekat…