M Update, 25/11/2019 – Orang ramai dinasihati agar berwaspada dengan panggilan telefon, e-mel atau apa-apa aplikasi atau medium sosial yang mendakwa sebagai pihak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan meminta sejumlah bayaran wang tunai bertujuan untuk penyelesaian hutang bank. Ia susulan pihaknya menerima aduan daripada mangsa yang menerima panggilan palsu…
M Update, 22/11/2019 – Tiada ikat jamin ditawarkan terhadap tahanan berkaitan keganasan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengekang mereka melancarkan ‘serangan’ jika dibebaskan. Perkara itu dijelaskan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dengan menyatakan…
M Update, 22/11/2019 – Kerajaan tidak akan terburu-buru menghapuskan Akta Hasutan 1948 kerana peruntukannya mempunyai kaitan dengan Perlembagaan Persekutuan dan 11 perundangan lain. Langkah pemansuhan akta yang sering disifatkan sebagai ‘drakonian’ atau zalim, khususnya dalam kalangan pejuang hak asasi manusia itu hanya akan dilaksanakan selepas peruntukan perundangan bagi melindungi Raja,…
M Update, 21/11/2019 – Seorang wanita sanggup mencekik bayi perempuan berusia tiga minggu selepas menikam belakang kepala ibu bayi berkenaan dengan pemutar skru akibat cemburu dalam kejadian di sebuah apartmen di Batu Caves, dekat sini, Khamis lalu. Bayi berkenaan disahkan meninggal dunia jam 4.30 pagi, kelmarin, selepas hampir enam hari…
M Update, 21/11/2019 – Kad Malaysian Clarification Authority Card (MCAC) yang dikeluarkan kepada warga asing tidak diiktiraf, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini. KDN dalam satu kenyataan berkata ia menerima maklumat berhubung kegiatan Agensi Pekerjaan AJZ Sdn Bhd yang menjalankan aktiviti mengumpul maklumat, mendaftar dan mengeluarkan kad MCAC kepada…
M Update, 21/11/2019 – Militan Malaysia, Yazid Sufaat yang memperoleh empat tan ammonium nitrat pada 2000 sebagai persediaan dalam komplot pengeboman gagal di Singapura sudah dibebaskan dari penjara, kata sumber kepada akhbar The Straits Times Singapura. Pakar biokimia terlatih Amerika Syarikat (AS) berusia 55 tahun itu yang pernah cuba menghasilkan…
M Update, 21/11/2019 – Polis akan menggunakan mesin poligraf terhadap tujuh saksi utama yang akan tampil bagi membantu siasatan kes anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya mengenal pasti tujuh saksi utama yang dipercayai berada di lokasi ketika kejadian.…
M Update, 20/11/2019 – Hanya kerana terlanggar antara satu sama lain ketika berjalan menuju ke tandas, dua lelaki bergaduh sebelum seorang daripadanya ditikam pisau pemotong sayur di tingkat bawah sebuah rumah tumpangan di Lorong Prangin, Georgetown, hari ini. Dalam kejadian 1.25 pagi itu, mangsa, lelaki warga Syria berusia 26 tahun…
M Update, 20/11/2019 – Tiada sebarang saman akan dikeluarkan kepada ibu bapa yang gagal menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dalam tempoh enam bulan pertama pelaksanaannya yang bermula tahun hadapan. Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata kementeriannya mengambil pendekatan mendidik dahulu sebelum langkah penguatkuasaan diambil sepenuhnya. “Saya faham mentaliti rakyat…
M Update, 20/11/2019 – Semua rakyat Malaysia di Hong Kong termasuk kira-kira 400 pelajar dilaporkan selamat, menurut Wisma Putra semalam. Wisma Putra berkata Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong berhubung rapat dengan pihak berkuasa di negara itu dan semua rakyat Malaysia yang berdaftar, termasuk penuntut di Chinese University of Hong…