Input your search keywords and press Enter.

Kerajaan Yakin Isu Kartel Daging Import Dapat Ditangani KPDNHEP

M Update, 29/12/2020 – Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meluahkan keyakinan isu kartel daging import seludup dan diragui statusnya dapat ditangani Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan baik. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, beliau berharap masyarakat dapat memberikan sokongan. Katanya, dengan…

Tiada Kompromi Sebarang Salah Laku Integriti – JPJ

M Update, 29/12/2020 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku berkaitan integriti membabitkan warga kerjanya dengan pihak luar. Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim, berkata pihaknya mengamalkan dasar buka pintu terhadap sebarang syor termasuk daripada orang awam. Zailani berkata, ia untuk meningkatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan…

Lebih 1,000 Graduan Muda Bakal Terima Manfaat Skim MyJob@WilayahPrihatin

M Update, 29/12/2020 – Lebih 1,000 graduan muda bakal mendapat pendedahan kepada industri binaan menerusi Skim MyJob@WilayahPrihatin. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata program itu juga bakal membabitkan kerjasama lebih 30 pemaju di Wilayah Persekutuan. “Insya-Allah kira kira 1,000 atau lebih graduan muda dijangka dapat pendedahan kepada industri binaan…

COVID-19 : KKM Nasihat Individu Positif Diminta Bersabar Sementara Dibawa Ke Hospital

M Update, 29/12/2020 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan individu yang disahkan positif COVID-19 untuk kekal berada di rumah sehingga petugas perubatan daripada Pusat Kesihatan Daerah (PKD) hadir untuk membawa mereka ke hospital ditetapkan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka ini perlu bersabar kerana ketika…

Rakyat Malaysia Di Luar Negara Tidak Boleh Disekat Pulang – Ismail Sabri

M Update, 29/12/2020 – Kerajaan tidak boleh menyekat rakyat Malaysia dari negara yang melaporkan strain baharu COVID-19 daripada pulang ke tanah air, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata itu adalah jaminan yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan.  Malah, ketika kes COVID-19 tinggi di India, rakyat Malaysia yang berada…

COVID-19 : PDRM Bakal Tingkat Pemeriksaan & Pemantauan Tempat Awam – KPN

M Update, 29/12/2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan jumlah pemeriksaan dan pemantauan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) di tempat awam dipatuhi berikutan peningkatan kes wabak COVID-19. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata PDRM mendapati masih ada masyarakat yang leka dan kurang mengambil berat mengenai…

Sambutan Tahun Baharu 2021 Secara Perhimpunan Tidak Dibenarkan

M Update, 29/12/2020 – Sambutan tahun baharu 2021 secara perhimpunan adalah tidak dibenarkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam. Beliau berkata sambutan yang biasanya disambut secara besar-besaran itu boleh mewujudkan risiko penyebaran COVID-19 jika ia dianjurkan di mana-mana lokasi di negara ini. “Sambutan ada pelbagai…

KPT Bakal Tubuhkan Portfolio Khas, Urus Pelajar Luar Kampus

M Update, 29/12/2020 – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memastikan portfolio khas yang menguruskan hal ehwal pelajar luar kampus ditubuhkan di semua universiti awam (UA). Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata kementeriannya melalui kerjasama semua UA dan Majlis Perumahan Universiti Malaysia (MAPUM) telah mengorak langkah bagi memastikan unit…

PKPB Berjaya Kekang Penularan COVID-19 – Dr Noor Hisham

M Update. 29/12/2020 – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berjaya mengekang penularan COVID-19 di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata tanpa pelaksanaan PKPB, dijangkakan kira-kira empat juta rakyat Malaysia dijangkiti virus itu. “Hari ini kita lihat lebih kurang 106,000 kes sahaja…