Input your search keywords and press Enter.

PJR Aidilfitri Di Seluruh Negara

M Update, 05/04/2024 – Program Jualan RAHMAH (PJR) Aidilfitri diadakan di 302 lokasi berjadual telahpun bermula sehingga 9 April 2024 ini – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali. PJR merupakan satu daripada inisiatif di bawah Kerajaan MADANI dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat.…

PM Terima Kunjungan Prabowo

M Update, 05/04/2024 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan Prabowo Subianto yang sedang dalam rangka lawatan khas selama sehari ke Malaysia. Prabowo tiba di Perdana Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri pada 9 pagi semalam. Ini merupakan lawatan pertama Prabowo ke…

Aidilfitri – Laluan Kontra CIQ BSI, KSAB Akan Diaktifkan

M Update, 05/04/2024 – Laluan kontra di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri sedia diaktifkan sekiranya kesesakan berlaku di kedua-dua pintu masuk laluan darat Malaysia-Singapura Aidilfitri ini. Tambahan 10 kaunter kontra manual dan 6 kaunter kontra…

Malaysia Kutuk Serangan Udara Israel

M Update, 04/04/2024 – Malaysia mengutuk sekerasnya serangan udara Israel yang menyebabkan kematian tujuh pekerja bantuan dari badan amal World Central Kitchen (WCK) di Gaza. Kita melalui Wisma Putra menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, serta pemimpin kerajaan negara yang berduka atas kehilangan rakyatnya dalam serangan yang tidak berperikemanusiaan itu.…

PRK DUN Kuala Kubu Baharu 11 Mei 2024

M Update, 04/04/2024 – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei 2024 dengan 27 April 2024 sebagai hari penamaan calon. Pengundian awal pula ditetapkan pada 7 Mei 2024 dengan tempoh berkempen selama 14 hari. -Pengerusi SPR, Tan Sri…

JPJ Lancar Op Khas Aidilfitri

M Update, 04/04/2024 – Op Khas sempena Hari Raya Aidilfitri telahpun bermula dari 1 hingga 20 April 2024 ini. Seramai 382 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor ditugaskan untuk memantau dan menguatkuasakan peraturan jalan raya dalam Op Khas ini. Operasi berkenaan bertujuan memantau kelancaran pergerakan perjalanan pengguna jalan raya…

Gempa Taiwan – Tiada Rakyat Malaysia Terjejas

M Update, 04/04/2024 – Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda Taiwan pada 10 pagi semalam – Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra). Namun, Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Wisma Putra menasihatkan…

Gempa Taiwan – Tiada Rakyat Malaysia Terjejas

M Update, 04/04/2024 – Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda Taiwan pada 10 pagi semalam – Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra). Namun, Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Wisma Putra menasihatkan…

YDPA – Tolak Provokasi Agama

M Update, 04/04/2024 – Teguran Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim kepada semua pihak termasuk KK Mart, kedai serbaneka terpalit kontroversi menjual stoking tertera kalimah Allah supaya lebih berhati-hati terhadap produk dijual khususnya barangan import bagi mengelak berlaku penghinaan terhadap Islam adalah isyarat jelas provokasi terhadap agama adalah perkara serius dan…

Lawatan Prabowo Ke Malaysia

M Update, 04/04/2024 – Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan Prabowo Subianto tiba di Kuala Lumpur malam tadi bagi memulakan lawatan khas sehari beliau ke Malaysia esok. Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Ini merupakan lawatan pertama Prabowo ke Malaysia selepas diumum sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden…