Input your search keywords and press Enter.

Inisiatif segera ringankan beban rakyat

M-Update,4/3/2019,KUALA LUMPUR: Kerajaan akan segera mengambil inisiatif untuk meringankan beban ekonomi rakyat, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Mohamed Azmin yang juga anggota Majlis Tindakan Ekonomi dalam kenyataannya hari ini berkata, majlis itu akan segera melaksanakan usaha mengurangkan kos sara hidup, memperkukuh pendapatan rakyat, membasmi kemiskinan…

Tragedi MH370: Dua serpihan pesawat dipamerkan kepada awam

M-Update,4/3/2019,KUALA LUMPUR – Buat julung kalinya, dua serpihan pesawat Malaysia Airlines MH370, dipamerkan kepada orang ramai di pusat membeli-belah Publika semalam. Dua serpihan iaitu kelepak dan sayap berkenaan dipamerkan sempena ulang tahun kelima Memperingati MH370 selepas kehilangan tragis pesawat itu dari skrin radar lima tahun yang lalu. Sehingga sekarang, hanya…

Perhimpunan Aman Bantah Nabi di Masjid Negara

M Update, 1/3/2019 – Kira-kira 500 umat Islam berhimpun secara aman di pekarangan Masjid Negara, di sini, bagi mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil tindakan terhadap individu yang menghina Nabi Muhamad SAW. Perhimpunan Aman ini juga turut diadakan di seluruh negara. Perhimpunan anjuran Gerakan Pembela Ummah (Ummah) itu diadakan selepas…

Inkues Adib tangguh lagi?

M Update, 1/3/2019 – Mahkamah Koroner hari ini menangguhkan prosiding inkues bagi mengetahui punca kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, pada 27 November 2018, kepada 19 Mac depan. Koroner Rofiah Mohamad membuat keputusan itu selepas Pegawai Pengendali Kes,…

Kota Belud dilanda bencana alam kemarau

M Update, 1/3/32019 Berikutan cuaca panas dan ketiadaan hujan lebih dua minggu lalu, Pejabat Daerah Kota Belud semalam, mengisytiharkan bencana alam kemarau di daerah berkenaan. Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam berkata, sebuah kampung turut terjejas iaitu Kampung Puhus di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian yang bergantung sepenuhnya kepada…

Tafsir al-Quran dalam e-Braille, Mandarin

M Update, 1/3/2019 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mewujudkan kerjasama bagi memasukkan Tafsir Pimpinan Ar Rahman ke dalam e-Braille untuk dimanfaatkan kepada orang kurang upaya (OKU) penglihatan bagi memahami dan menguasai al-Quran. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid…

Vaksin diwajibkan!

M Update, 1/3/2019 – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan sememangnya mengesyorkan kepada ibu bapa supaya memberi suntikan imunisasi kepada kanak-kanak kerana ia adalah langkah pencegahan terhadap penyakit berjangkit. Namun, Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, masih ada ibu bapa…

Sekolah diminta tangguh aktiviti luar kelas

M Update, 1/3/2019 – Sebelum ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyatakan fenomena cuaca panas itu dijangka akan berlanjutan sehingga akhir Mac ini. Pihak pengurusan sekolah diminta menangguhkan program luar kelas susulan cuaca panas dan kering yang berterusan di beberapa negeri di utara dan Pantai Timur Semenanjung. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee…

Cacing Pun Bomba Tangkap

M Update, 1/3/2019 – Ooo cacing, ku sangkakan ular!!! Panik cacing disangka ular menyebabkan pemilik rumah segera menghubungi bomba bagi menangkap reptilia berkenaan dalam kejadian di Saujana Utama, Sungai Buloh, semalam. Dalam kejadian 9.11 malam itu, pihak bomba dari Pasukan Bomba Sukarela dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan berkenaan.…

Suspek Samun MRT Didakwa Harini

M Update, 1/3/2019 – Suspek yang membelasah dan menyamun seorang wanita dalam kejadian di sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. Lelaki berusia 26 tahun itu akan didakwa enam pertuduhan dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan, dan…