Input your search keywords and press Enter.

Tag

Jabatan Penerangan Malaysia

Henti Politikkan Isu Sambutan Thaipusam – MIC

M Update, 29/01/2021 – MIC menafikan tuduhan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR bahawa parti itu mengambil pendirian berbeza berhubung isu pergerakan pedati sempena sambutan Thaipusam di Pulau Pinang dan Kedah. Naib Presiden MIC, Datuk C Sivarraajh, berkata pandangan dilontar ADUN Hulu Kinta, Muhammad Arafat Mahammad Varisai jelas menunjukkan…

COVID-19: KKM Terus Cari Strategi Urus Peningkatan Kes

M Update, 29/01/2021 – Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus mencari strategi bagi menangani peningkatan jumlah kes COVID-19, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata, antara langkah yang telah diambil ialah menambah kapasiti katil termasuk menukarkan beberapa hospital KKM kepada hospital COVID-19 atau hibrid COVID-19 sepenuhnya dan menambah Pusat…

COVID-19 : Indonesia Catat Kes Kematian Tertinggi Dalam Tempoh 24 jam

M Update, 29/01/2021 – Indonesia mencatatkan 476 lagi kes kematian akibat COVID-19, jumlah tertinggi direkodkan sejak kes kematian pertama pada 11 Mac tahun lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 29,331 orang. Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, covid19.go.id. daripada 476 kes…

Perintah Berkurung ESSZONE Dilanjut Hingga 14 Februari

M Update, 29/01/2021 – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok, dilanjutkan selama 14 hari sehingga 14 Februari. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, perintah berkurung itu meliputi perairan Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Katanya, orang…

COVID-19: Azizan Osman Cerita Pengalaman Hampir Maut

M Update, 29/01/2021 – Pakar motivasi terkenal, Datuk Azizan Osman menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebooknya, menceritakan pengalaman beliau yang hampir menemui ajal akibat dijangkiti COVID-19. Menerusi hantaran itu beliau menceritakan detik beliau bertarung nyawa apabila terpaksa dibantu mesin pernafasan semasa dirawat, dan beliau menyifatkan situasi itu…

COVID-19 : Kerajaan Sasar 75,000 Orang Disuntik Vaksin Sehari

M Update, 27/01/2021 – Kerajaan menyasarkan seramai 75,000 orang akan menerima suntikan vaksin dalam tempoh sehari program vaksinasi COVID-19 kebangsaan bermula, di 600 pusat vaksinasi seluruh negara mulai Mac. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata 75,000 suntikan sehari adalah sasaran awal kerajaan. Sasaran seterusnya, beliau berkata ia bergantung…

BPN 2.0 : Bayaran Akan Dikreditkan Dalam Masa Seminggu

M Update, 27/01/2021 – Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN2.0) Fasa Kedua yang keseluruhannya bernilai RM2.38 bilion memerlukan masa sekurang-kurangnya seminggu untuk dikreditkan kepada semua akaun penerima. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa menjelaskan perkara itu berkata, terdapat pihak keliru mengenai bayaran BPN 2.0 yang mula…

Polis Rekod Kutipan Saman RM395.3 Juta Tahun Lalu

M Update, 27/01/2021 – Polis merekod kutipan kompaun berjumlah RM395.3 juta daripada 5.2 juta saman dikeluarkan sepanjang tahun lalu, berbanding kutipan RM305.9 juta hasil lima juta saman pada 2019. Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata ia menunjukkan statistik kutipan kompaun meningkat kira-kira RM89 juta…

Agih Vaksin COVID-19 Tanpa Diskriminasi – SUHAKAM

M Update, 27/01/2021 – Kerajaan digesa memberikan vaksin COVID-19 secara percuma kepada semua penduduk, termasuk golongan rentan, pelarian, migran, orang tanpa kewarganegaraan, tahanan dalam pusat tahanan dan banduan tanpa diskriminasi berdasarkan status kewarganegaraan mereka. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dalam kenyataan memaklumkan, hak kesihatan adalah hak asasi yang sepatutnya…

Sultan Nazrin Perkenan Solat Di Masjid, Surau Seluruh Perak

M Update, 27/01/2021 – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan solat Jumaat diadakan di semua masjid dan surau termasuk surau dalam bangunan pejabat, institusi, universiti, maktab, sekolah, syarikat dan kilang untuk memberi peluang lebih ramai orang menunaikannya secara berjemaah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta Perintah Kawalan Pergerakan…