Input your search keywords and press Enter.

Tag

Kementerian Kesihatan Malaysia

Hari Ini Atau Esok Penentu PKPB Dilanjutkan Atau Ditamatkan

M Update, 8/5/2020 – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memantau perkembangan kes COVID-19 setakat hari ini atau 9 Mei ini, sebelum mengemukakan sebarang percaturan seterusnya bagi menangani wabak itu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan penentuan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan…

Dua Kawasan Di Selayang, Chow Kit Dikenakan PKPD

M Update, 5/5/2020 – Dua kawasan di Selayang dan Chow Kit dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan penularan COVID-19. Kawasan terbabit adalah Taman Wilayah dan Taman Desa Bakti di Selayang manakala Chow Kit membabitkan kawasan sekitar Jalan Raja Bot. PKPD di kawasan berkenaan bermula sejak tengah malam tadi. Perkara…

Patuh PKPB, Tingkatkan Disiplin Sosial Cegah COVID-19 – Noor Hisham

M Update, 5/5/2020 – Kepatuhan orang ramai serta disiplin sosial amat penting bagi mencapai matlamat untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dalam komuniti, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau turut menyeru orang ramai agar mengamal serta membudayakan kelaziman baharu dalam kehidupan seharian bagi mencegah penularan pandemik maut itu di…

Manfaatkan MySejahtera & MyTrace – Noor Hisham

M Update, 5/5/20 – Kementerian Kesihatan menggalakkan rakyat negara ini menggunakan aplikasi MySejahtera dan MyTrace yang membantu pengawasan dan menjejaki kontak COVID-19. Ketua Pegarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kedua-dua aplikasi telefon pintar yang dibangunkan Kerajaan Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi itu boleh dimuat turun secara percuma. Beliau juga…

Kedah Negeri Ke-3 Diisytihar Zon Hijau

M Update, 30/4/2020 – Kedah menjadi negeri terbaru diisytihar zon hijau Covid-19 apabila tiada kes aktif dikesan di negeri itu setakat 12 tengah hari semalam. Sebelum ini, Perlis muncul sebagai negeri pertama zon hijau kerana merekodkan kes jangkitan sifar bagi tempoh melebihi dua minggu diikuti Kelantan pada Selasa. Kedah menjadi…

SOP Operasi Taska, Tadika Dalam Tahap Keempat Diketahui Hari Ini

M Update, 30/4/2020 – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masuk hari kedua dalam tahap keempat, menyaksikan kerajaan terus berusaha keras untuk mengekang penularan COVID-19. Hari ini, rakyat bakal mengetahui prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pembukaan operasi Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) sepanjang PKP keempat yang…

Kota Bharu Kini Zon Hijau

M Update, 28/4/2020 – Daerah Kota Bharu, Kelantan yang juga antara kawasan zon merah sebelum ini menjadi kawasan baharu dikategorikan sebagai zon hijau selepas tidak lagi mencatatkan kes aktif Covid-19 setakat 12 tengah hari semalam. Ini menjadikan sembilan daripada keseluruhan 10 daerah di Kelantan mencatatkan sifar kes Covid-19 dan hanya…

Kerajaan Benarkan Pergerakan Penderma Darah

M Update, 27/4/2020 – Kerajaan membenarkan pergerakan penderma darah untuk ke hospital dan klinik kesihatan bagi tujuan menderma darah dari 10 pagi hingga 10 malam. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebenaran itu diberikan berikutan bekalan darah di Tabung Darah Negara berkurangan sebanyak 33 peratus sejak pelaksanaan…

Tiada Kes Jangkitan Semula Di Malaysia – KP Kesihatan

M Update, 27/4/2020 – Malaysia belum merekodkan sebarang kes berkaitan jangkitan semula COVID-19 dalam kalangan pesakit yang pulih. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, bagaimanapun berkata, tiada bukti pesakit pulih sepenuhnya terlindung daripada jangkitan semula wabak itu. Sehubungan itu beliau berkata, semua pesakit pulih perlu menjalani sesi kaunseling…

MKN Rangka SOP Khusus Di 3 Zon

M Update, 24/4/2020 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang membuat prosedur operasi standard (SOP) khusus berhubung pergerakan yang boleh dilakukan di dalam zon hijau, kuning dan merah. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya mengarahkan MKN berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)…