Input your search keywords and press Enter.

Tag

Kementerian Kesihatan Malaysia

Kerajaan Kaji Semula Akta Berkaitan Cubaan Bunuh Diri

M Update, 21/10/2019 – Kerajaan sedang mengkaji untuk meminda undang-undang sedia ada yang mengkategorikan cubaan membunuh diri adalah kesalahan jenayah, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Ia susulan saranan supaya cubaan membunuh diri tidak dikategorikan sebagai perbuatan jenayah dengan mengeluarkan kesalahan itu daripada Kanun Keseksaan. Sambil menyatakan jumlah…

Larangan Vape Tanpa Nikotin Bawah 18 Tahun Kekal

M Update, 14/10/2019 – Akta baharu bagi mengawal pasaran vape atau rokok elektronik menggunakan cecair tanpa nikotin kekal memperuntukkan larangan penjualan kepada individu bawah 18 tahun. Dasar tiada kompromi kerajaan terutama dalam merangka mekanisme kawalan terhadap aspek kesihatan membabitkan golongan bawah umur itu selari dengan kebimbangan masyarakat mengenai kandungan sebenar…

Lelaki Ditahan Menyamar Doktor Pelatih

M Update, 2/10/2019 – Tindakan seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor pelatih di Hospital Kemaman mengundang padah apabila ditahan polis petang semalam. Lelaki berusia 27 tahun dari Kampung Kijal di sini ditahan polis kira-kira jam 4 petang selepas helahnya dihidu seorang doktor perubatan di hospital tersebut. Ketua Polis Daerah Kemaman,…

Kematian Orang Asli Kuala Koh Sah Demam Campak

M Update, 26/9/2019 – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kematian 12 Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh, Kelantan, pada Jun lalu disebabkan demam campak dan bukannya akibat pencemaran. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pihaknya melakukan kajian teliti di makmal ke atas 12 daripada 16 mayat bagi…

Sarapan Percuma Murid Sekolah Akan Dipantau KKM

M Update, 27/8/2019 – Kementerian Kesihatan akan memantau penyediaan makanan percuma kepada murid sekolah rendah yang akan dilaksanakan Kementerian Pendidikan, tahun depan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata langkah itu penting bagi memastikan makanan yang dibekalkan selamat dimakan dan mempunyai nutrisi penting kepada murid terbabit. “Kementerian Kesihatan akan…

7 Produk Kosmetik Dikesan Beracun

M Update, 6/8/2019 – Orang ramai dinasihatkan untuk menghentikan penggunaan dan pembelian tujuh produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tujuh produk berkenaan termasuk Dnars Golden Cream, Fjura- Face Polish Treatment, Glow Glowing N Glowing, Apple Diamond Day…

KKM : Orang Ramai diminta Salur Maklumat Penjualan Pil Gugur Janin

M Update, 16/7/2019 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai penjualan produk Misoprostol dan Mifepristone dalam talian yang digunakan untuk tujuan menggugurkan janin. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua produk tersebut merupakan produk tidak berdaftar dan tidak dibenarkan untuk dijual di pasaran…

Dilarang Masuk Kuala Koh

M Update, 11/6/2019 – Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar tidak memasuki perkampungan Orang Asli Kuala Koh bagi mengelak sebarang jangkitan kuman pada paru-paru mereka. Kawasan berkenaan memerlukan pengasingan kerana jangkitan dikenal pasti berlaku disebabkan pernafasan. “Ia cepat merebak. Kita tak mahu ia merebak lebih luas, jadi kita kena hadkan…

Kenyataan Media Berhubung Lawatan Kerja Menteri Kesihatan Ke Gua Musang

M Update, 11/6/2019 – Menteri Kesihatan YB Dr Dzulkefly Ahmad telah menziarah pesakit-pesakit Orang Asli di Hospital Gua Musang, di mana beliau dan Senator Waytha Moorthy telah diberikan taklimat oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang. Sehingga hari ini, punca jangkitan masih belum dapat dipastikan.…