Input your search keywords and press Enter.

Tag

Kementerian Kewangan Malaysia

Tiada Cukai Baharu Dalam Tempoh Terdekat – MOF

M Update, 05/12/2024 – Kerajaan belum berhasrat memperkenalkan cukai baharu dalam tempoh terdekat, kata Kementerian Kewangan (MOF). MOF berkata, pada masa ini, fokus kerajaan adalah untuk meningkatkan pematuhan dan menambah baik sistem cukai sedia ada selain melaksanakan langkah-langkah cukai yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2025. “Kerajaan terlebih dahulu akan mengambil…

Salur Maklumat Jenayah, Kastam Beri Hadiah Kepada Orang Awam

M Update, 14/06/2023 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyediakan imbuhan kepada orang awam yang menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah, termasuk aktiviti sindiket pengedaran dadah, yang menjadikan Malaysia sebagai lokasi transit bahan terlarang itu. Imbuhan atau hadiah tertentu akan diberikan kepada pemberi maklumat (orang awam) sehingga berjaya membawa kepada kejayaan penangkapan…

FSA2 KWSP Bukan Cagaran Kepada Bank

Oleh Bernama M Update, 11/04/2023 – Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan berbentuk cagaran oleh peminjam terhadap pihak bank, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan. Katanya, pihak bank tidak boleh menggunakan simpanan peminjam KWSP sekiranya ahli atau peminjam gagal membayar ansuran pinjaman…

Bayaran STR Bermula 5 April Ini

M Update, 30/03/2023 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan disalurkan kepada penerima mulai 5 April ini. Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri di Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 Dewan Negara, semalam. Manakala pembayaran fasa ketiga  pada Ogos atau selewat-lewatnya Oktober depan. Sebelum ini,…

Harga RON97 Turun 10 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

M Update, 22/09/2022 – Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen seliter, manakala harga diesel dan petrol RON95 tidak berubah bagi tempoh 22 sehingga 28 Sept ini. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) semalam, penurunan itu menjadikan harga runcit RON97 turun daripada RM4.15 kepada RM4.05 seliter. Harga siling bagi RON95 dan…

Tiada Keperluan Pinjam IMF, Malaysia Tidak Muflis

M Update, 15/09/2022 – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tidak pernah menyebut Malaysia mengalami masalah ekonomi yang boleh menyebabkan muflis, sebaliknya ia yakin dengan prospek pertumbuhan ekonomi negara. Malah, katanya, agensi penarafan global S&P Global Ratings turut menjangkakan persekitaran penggubalan dasar…

Malaysia Tidak Akan Bankrap, Hutang Masih Terkawal

M Update, 15/07/2022 – Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan bahawa kedudukan fiskal negara ketika ini masih kukuh dan hutang kerajaan berada di tahap terkawal, sekali gus menafikan laporan yang mendakwa Malaysia berdepan risiko untuk muflis. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata MOF ingin menekankan bahawa aspek penting…

Harga Runcit RON97 Naik 37 Sen Kepada RM4.31 Seliter

M Update, 12/05/2022 – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter daripada RM3.94 kepada RM4.31 manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu bermula hari ini (Khamis) hingga 18 Mei. Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, harga baharu itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan…

Gaji Minimum RM1,500 Bakal Dilaksanakan Sebulan Atau Dua Bulan Lagi – Datuk Seri M Saravanan

M Update, 17/03/2022 – Gaji minimum RM1,500 mungkin dilaksanakan dalam tempoh sebulan atau dua bulan lagi, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan. Perkara itu dimaklumkan beliau ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. Pelaksanaan gaji minimum…