Input your search keywords and press Enter.

Burung Tersembunyi Dalam Kapal Terbang

M Update,15/1/2019 – Seekor burung Tiong ditemui dalam penerbangan dari Singapura ke United Kingdom. Burung yang berasal dari Asia Selatan itu ditemui kira-kira 12 jam dalam penerbangan Singapore Airlines menuju ke London yang biasanya mengambil masa 14 jam.

Penumpang yang tidak diundang itu kelihatan baik dan rasa selesa dalam penerbangan itu dan tidak mengganggu penumpang. Ia tiba-tiba muncul dalam kabin kelas perniagaan. Tiket kelas perniagaan dari Singapura ke London berharga 5,969USD (RM24,255).

Dalam video yang disiarkan di Facebook, burung hitam itu kelihatan bertenggek atas tempat duduk penumpang tanpa disedari kru kabin dan penumpang lain. Tidak jelas bagaimana burung itu berjaya menaiki penerbangan sepanjang 6.736 kilometer itu.

“Ia kemudian ditangkap oleh krew kabin dengan bantuan beberapa penumpang,” kata jurucakap Singapore Airlines kepada The Straits Times.

Selepas mendarat di Lapangan Terbang Heathrow, burung itu kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa kuarantin haiwan. Ia bukan kali pertama burung telah ditemui cuba memasuki kabin pesawat. Bulan lepas, 70 kucing hidup ditemui dalam sebuah bagasi tangan penumpang di Lapangan Terbang New York JFK.

Pada Januari lalu, seorang wanita dihalang daripada membawa seekor merak yang dikenali sebagai Dexter dalam penerbangan United Airlines.

Sumber: The Indipendent

Leave a Reply