Input your search keywords and press Enter.

Akhirnya Ustazah Farhana dijumpai

M Update 17/1/2019 – Alhamdulillah syukur Ustazah Nur Farhana Ibrahim yang dilaporkan hilang di Balik Pulau sejak 14 Januari lalu, ditemui dalam keadaan selamat, hari ini.

Nur Farhana dijumpai kira-kira jam 4 petang tadi dan kini berada di Balai Polis Kuala Kangsar.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, yang akan memberikan maklumat lanjut mengenainya dalam masa terdekat.

Menurut kakak mangsa, Madihah,  suami mangsa, Muhammad Naim Mahayadin menerima panggilan daripada IPD Kuala Kangsar memaklumkan isterinya yang dipercayai tersesat telah ditemui.

Sumber : GPS Bestari

Leave a Reply