Input your search keywords and press Enter.

Tun M Dihormati Dan Disegani

M Update, 17/1/2019 – Persidangan Antarabangsa Kemunculan Afrika kali yang ke-3 (ICEA-III) akan dirasmikan pembukaannya pada Khamis ini.

Apa yang membanggakan kita, Tun Dr Mahathir diberi penghormatan sebagai satu-satunya ketua kerajaan dari luar Afrika yang diundang untuk menghadiri ICEA-III.

Tun M juga diadual untuk berkongsi buah fikiran pada segmen kedua di bawah tajuk menggalakkan sektor swasta menjadi enjin penggerak kemunculan manakala segmen ketiga akan menyentuh aspek keterangkuman sebagai jaminan kepada kemapanan dinamik kemunculan. Presiden Senegal Macky Sall dijadual menyertai segmen ketiga itu bersama-sama Dr Mahathir.

Segmen keempat dan terakhir pula akan menyaksikan Dr Mahathir berkongsi pandangan mengenai perkongsian inovatif antara sektor wasta dan awam mengenai kemunculan.

ICEA-III menyasarkan untuk memperhalusi lagi perbahasan mengenai ketahanan pertumbuhan dan keterangkuman dalam pelan kemunculan Afrika menerusi, khususnya peletakan pada kedudukan lebih baik perkongsian antara sektor swasta dan kerajaan.

Tun M dijangka akan berkongsi idea dan wawasan Malaysia mengenai perkongsian ekonomi dan perdagangan antara negara-negara di Asia Tenggara dengan negara-negara Afrika yang muncul.

Sumber : Bernama

Leave a Reply