Input your search keywords and press Enter.

Rizab antarabangsa BNM meningkat.

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) pada 31 Disember 2018 yang berjumlah AS$101.4 bilion (RM419.24 bilion) meningkat kepada AS$101.7 bilion (RM420.48 bilion) pada 15 Januari 2019 yang lalu.

Menurut BNM, paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 1.0 kali hutang luar negara jangka pendek.

“Komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing pada AS$95.8 bilion (RM396.09 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) AS$900 juta, (RM3.72 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) AS$1.1 bilion (RM4.55 bilion), emas AS$1.6 bilion (RM6.62 bilion) dan lain-lain aset rizab AS$2.3 bilion (RM9.51 bilion).

Sumber – Utusan Online

Leave a Reply