Input your search keywords and press Enter.

Taliban Memang Melampau!


Pasukan keselamatan Afghanistan memeriksa lokasi serangan Taliban di Maidan Shar,
ibu kota wilayah Maidan Wardak, timur Kabul, Afghanistan.

M Update, 22/1/2019 – Jumlah kematian akibat serangan Taliban di pangkalan tentera di Afghanistan pada hari Isnin telah meningkat sebanyak 45 orang. Kebanyakkannya anggota tentera dan 70 orang lagi cedera dalam serangan itu. Terdapat kebimbangan juga bilangan mangsa akan terus meningkat.

Pegawai Afghanistan mengatakan serangan melampau dan kurang ajar oleh puak Taliban terhadap pangkalan tentera di wilayah timur pada Isnin telah membunuh sekurang-kurangnya 45 orang, kebanyakannya anggota tentera.

Khawanin Sultani, anggota majlis Maidan Wardak, memberitahu The Associated Press pada hari Selasa bahawa serangan itu juga menyebabkan 70 lagi anggota tentera cedera.

Wilayah Maidan Wardak terletak di luar Kabul dan pangkalan itu juga berfungsi sebagai pusat latihan untuk askar pro-kerajaan.

Sultani berkata, pengebom bunuh diri Taliban pertama memandu Humvee ke pangkalan dan meletupkan bahan letupannya ketika dia menaiki kenderaan itu ke bangunan utama. Selepas itu, empat penyerang lain yang terlibat dalam pertempuran dengan tentera Afghanistan turut terbunuh.

Sumber:AP News

Leave a Reply