Input your search keywords and press Enter.

Minyak Sawit Berpotensi Dikembang ke Pasaran Baharu

Sumber Gambar FB page Ringgit & Sen

Minyak sawit Malaysia merupakan salah satu punca pendapatan ekonomi negara. Baru-baru ini minyak sawit mengalami penurunan akibat keadaan ekonomi negara yang tidak menentu dan ia telah memberi cabaran kepada ekonomi negara dan para peneroka. Eksport minyak sawit Malaysia berpotensi besar untuk dikembangkan ke pasaran baharu seperti Pakistan, Turki dan Iran ekoran penggunaan di begara-negara tersbut tinggi.

Usaha meneroka pasaran baharu itu dilihat akan membuka jalan bagi mengembangkan pasaran minyak sawit di kawasan baharu malah ia juga merupakan usaha nagi menghalang tindakan sesebuah negara Eropah yang bersungguh-sungguh melakukan diskriminasi terhadap penggunaan minyak sawit.

Ujar Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, semasa promosi minyak sawit dilakukan di negara-negara tersebut, beliau mendapati penggunaan minyak sawit di Karachi melebihi satu tan, Istanbul 700,000 tan, dan Tehran 600,000 tan. Sengan promosi dan strategi yang dilakukan poleh pihak kementerian, peningkatan pembelian minyak sawit serta produk hiliran yang lain dapat dilakukan.

Disamping itu, kerajaan akan menggiatkan lagi usaha dan melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan kesedaran serta kefahaman masyarakat untuk mencapai sasaran 100% penggunaan minyak sawit dalam kalangan rakyat.

Sumber – Bernama

Leave a Reply