Input your search keywords and press Enter.

Dua mangsa tembak sah rakyat Malaysia

M-Update,13/2/2019, KOTA BHARU: Polis Kelantan mengesahkan dua lelaki yang ditembak di sebuah bengkel kereta di Lorong Pracha Ruam Jai, Jalan Prathan U, daerah Sungai Golok, Selatan Thailand, malam tadi adalah rakyat Malaysia. Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Sulaimi Mat Ali, 54.

Manakala, rakannya yang cedera dikenali sebagai Muhammad Shahrul Aiman Mohd Abdul Aziz, 18, di sini ditempatkan di Hospital Sungai Golok.Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata dua mangsa masing-masing berusia 54 dan 18 tahun berasal dari Kota Bharu.

Katanya, setakat ini maklumat lanjut berhubung kejadian itu masih belum diperoleh daripada Polis Thailand.”Kejadian tembakan malam tadi membabitkan warga Malaysia dan secara spesifiknya berasal dari Kota Bharu. “Maklumat yang kita peroleh salah seorang mangsa maut dan seorang lagi cedera

“Proses bedah siasat dijalankan di sana sebelum jenazah dijangka dibawa pulang hari ini untuk dikebumikan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.Mengulas lanjut, Hasanuddin berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang meninggal dunia mempunyai beberapa rekod jenayah membabitkan harta benda di negara ini.

“Untuk yang selebihnya kita serahkan kepada Polis Sungai Golok untuk jalankan siasatan kerana kejadian berlaku di sana,” katanya.

–BHarian

Leave a Reply